Dr. Ismail Salleh Yakin Pakatan Harapan Mampu Pertahan Negeri Sembilan

FOTO BERITA: Proses Penamaan Calon PRU DUN Negeri Sembilan Ke-16 Parlimen Rembau bagi DUN N.25 Paroi, N.26 Chembong, N.27 Rantau dan N.28 Kota di Dewan Seri Rembau, Rembau Negeri Sembilan. 18hb Julai 2026 (Sabtu)

Pakatan Harapan (PH) dilihat berada dalam keadaan lebih bersatu dan berpotensi mencatat kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, kata Ahli Jawatan Kuasa ANABAH Nasional, Dr. Ismail Salleh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas proses penamaan calon bagi DUN N.25 Paroi, N.26 Chembong, N.27 Rantau dan N.28 Kota di Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Rembau, hari ini.

Menurut beliau, proses penamaan calon yang melibatkan empat DUN di bawah Parlimen Rembau memperlihatkan semangat kerjasama dan kesepaduan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan

“Kita dapat melihat keakraban, persatuan dan penyatuan yang cukup jelas. Inilah wajah sebenar Pakatan Harapan yang bergerak sebagai satu pasukan, bercakap dalam satu nada dan membina kekuatan bersama,” katanya.

Dr. Ismail berkata, walaupun terdapat pelbagai ramalan politik, beliau percaya peluang Pakatan Harapan untuk memenangi PRN Negeri Sembilan adalah tinggi berdasarkan sambutan dan sentimen semasa rakyat..

Beliau turut mendakwa pembubaran kerajaan negeri sebelum ini berpunca daripada tindakan pihak tertentu yang didorong oleh perebutan kuasa dan bukannya kehendak rakyat.

“Rakyat Negeri Sembilan tahu apa yang berlaku. Mereka dapat menilai sendiri faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan sebelum ini dan saya percaya pengundi akan membuat keputusan berdasarkan penilaian tersebut,” katanya.

Mengulas kerjasama baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikanan Nasional (PN), Dr. Ismail mengakui gabungan itu mampu memberi kesan kepada landskap politik, namun berpandangan situasi di Negeri Sembilan berbeza berbanding negeri lain.

“Kita melihat ada beberapa faktor yang membezakan Negeri Sembilan, termasuk pertandingan yang lebih pelbagai serta kesatuan yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan. Faktor-faktor ini memberi kelebihan kepada PH,” katanya.

Beliau yakin kesepaduan parti-parti dalam Pakatan Harapan serta sokongan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kemenangan gabungan itu pada hari pengundian nanti.