Gelanggang tempur PRN Negeri Sembilan ke-16 buka tirai penamaan calon hari ini

Gelanggang tempur Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 membuka tirai secara rasmi hari ini dengan proses penamaan calon bagi menentukan bakal wakil rakyat yang bertanding di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Proses penamaan calon akan bermula dari jam 9 dan ditutup sejam kemudian di pusat penamaan calon (PPC) yang ditetapkan

Senarai calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya sejurus selesai proses semakan dan pengesahan.

Seramai 761 petugas ditugaskan bagi mengendalikan proses penamaan calon untuk kesemua DUN terbabit.

Sebanyak 464 borang pencalonan telah dibeli setakat semalam, namun hanya 70 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit. Bayaran itu masih boleh dibuat sehingga proses penamaan calon hari ini.

Pengundian PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos depan, manakala pengundian awal pada 28 Julai ini.

Berdasarkan daftar pemilih SPR yang dikemas kini hingga 4 Jun 2026, Negeri Sembilan merekodkan 889,490 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRN kali ini.

Jumlah itu merangkumi 867,151 pengundi biasa selain 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis sebagai pengundi awal.

BACA JUGA Ini senarai 24 calon Bersatu, PN berperang sesama sendiri di lapan DUN