Momen demokrasi dirakam lensa semasa proses Penamaan Calon bagi empat DUN di Parlimen Rembau

FOTO BERITA: Gambar-gambar penyokong Pakatan Harapan semasa proses Penamaan Calon PRU DUN Negeri Sembilan Ke-16 Parlimen Rembau bagi DUN N.25 Paroi, N.26 Chembong, N.27 Rantau dan N.28 Kota di Dewan Seri Rembau, Rembau Negeri Sembilan. 18hb Julai 2026 (Sabtu)

Detik-detik sepanjang proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 di Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Rembau dirakam menerusi lensa kamera, memperlihatkan pelbagai suasana yang mencerminkan perjalanan demokrasi negara.

Momen kehadiran calon-calon bersama pencadang dan penyokong, suasana di pekarangan dewan, kawalan keselamatan serta proses penyerahan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya menjadi antara rakaman yang mewarnai hari penamaan calon bagi DUN N.25 Paroi, N.26 Chembong, N.27 Rantau dan N.28 Kota.

Setiap gambar merakam pelbagai ekspresi dan detik bermakna, daripada semangat para penyokong hinggalah kepada kelancaran proses yang berlangsung mengikut peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).