Syed Saddiq berjaya tamatkan larian 170km, ini kutipan dana terkini

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, berjaya menamatkan lariannya sejauh 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar sebentar tadi.

Beliau memulakan larian sejak 16 Julai lalu sebagai tanda kesyukuran selepas berjaya membersihkan namanya dan dibebaskan daripada sabitan yang dihadapinya Isnin lalu.

Berdasarkan kemas kini di laman rasmi kempen, jumlah kutipan setakat semalam mencecah RM361,848, iaitu 181 peratus daripada sasaran asal RM200,000, sekali gus melebihi sasaran sebanyak RM161,848.

Dana yang dikumpulkan akan disalurkan bagi dua inisiatif utama iaitu penyediaan foodbank kepada keluarga yang memerlukan di Parlimen Muar serta pembelian iPad untuk membantu pelajar mendapatkan akses pembelajaran digital yang lebih baik.

Misi larian amal sejauh hampir 200 kilometer itu bermula di Istana Kehakiman, Putrajaya dan berakhir hari ini.

BACA JUGA Tak kira Melayu, Cina, India semua hulur bantuan…terima kasih rakyat Malaysia