Program tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 meriahkan Seri Serdang

FOTO BERITA: Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 (Big Screen Final FIFA World Cup 2026) bersama YB Abbas Azmi ADUN Seri Serdang di Restoran PKS Maju Serdang Selangor. 19hb Julai 2026 (Ahad)

Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 (Big Screen Final FIFA World Cup 2026) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, YB Abbas Azmi, berlangsung meriah yang mana Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 pada final Piala Dunia 2026, awal pagi tadi di Restoran PKS Maju, Seri Serdang malam tadi dengan kehadiran ratusan penduduk setempat.

YB Abbas Azmi berkata, penganjuran program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan secara langsung perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim antara masyarakat serta mendekatkan wakil rakyat dengan penduduk.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan program, termasuk pertandingan Mobile Legends, acara timang bola, cabutan bertuah dan pemberian baucar makanan bernilai RM5 kepada para pengunjung.

“Program Mobile Legends sebenarnya telah lama kita anjurkan, termasuk ketika bulan Ramadan sebagai aktiviti menunggu waktu sahur. Sambutan daripada golongan muda amat menggalakkan, sebab itu kita bawakan semula program ini pada malam ini,” katanya.

Sebanyak 500 baucar makanan disediakan kepada pengunjung, namun sambutan yang diterima melebihi jangkaan sehingga pihak penganjur mempertimbangkan untuk menambah jumlah baucar.

“Saya menjangkakan 500 baucar sudah mencukupi, tetapi melihat keadaan di kaunter pendaftaran, nampaknya jumlah itu hampir habis. Kita akan lihat kemungkinan untuk menambah lagi,” katanya.

Beliau berkata, Seri Serdang dipilih sebagai lokasi program kerana kawasan itu mempunyai ramai golongan muda yang aktif dalam pelbagai aktiviti sukan dan kemasyarakatan, selain lokasinya yang berhampiran Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Walaupun ada yang mengatakan kawasan ini semakin menua, hakikatnya ramai anak muda menetap dan aktif di sini. Sebab itu saya memilih Seri Serdang sebagai lokasi tayangan skrin besar pada malam ini,” ujarnya.

Dikemuncak program adalah cabutan nombor bertuah hadiah merupakan sebuah motosikal Motosikal SM 110. Sambutan hangat daripada masyarakat setempat yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati suasana perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 dalam suasana penuh kemeriahan.