10 jawatan ditambah selepas Umno menang besar, ini akhirnya rakyat Johor dapat
Pelantikan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor dihujani kritikan apabila dilihat hanya menambah beban kewangan kerajaan negeri.
Penganalisis politik, Norman Radzuan berpendapat perkembangan berkenaan memperlihatkan perangai lama Umno berpotensi kembali apabila parti itu memperoleh kedudukan politik yang lebih kuat.
“Bila Umno rasa kuat, mereka akan berperangai seperti dahulu.
“Jika sekadar mahu mewujudkan jawatan, tidak perlu pilihan raya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Semalam, Johor mengumumkan pelantikan 10 ADUN sebagai Timbalan Exco selepas 11 hari Barisan Nasional (BN) menang besar 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pelantikan itu bagi memperkukuhkan gerak kerja pentadbiran kerajaan negeri ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030 dan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP).
Kembali mendominasi
Mengulas lanjut, Norman membangkitkan kebimbangan mengenai aspek tata kelola sekiranya Umno kembali mendominasi pentadbiran sesebuah kerajaan.
Menurutnya, kebimbangan itu turut dibincangkan ketika beliau bertemu seorang individu kanan dalam sektor korporat di Bangsar, baru-baru ini.
Norman mendakwa individu berkenaan bimbang kelemahan tata kelola serta korupsi dalam pentadbiran akan kembali jika Umno memperoleh kuasa dominan.
“Bila mereka kembali kuat, mereka tidak peduli semua itu. Kita jarah apa yang ada.
“Bayangkan, belum mengetuai sepenuhnya pun sudah ada pelbagai isu yang kita dengar,” dakwanya.
Tegasnya, tiada keperluan pelantikan 10 Timbalan Exvo kerana dibimbangi memberi kesan terhadap perbelanjaan kerajaan negeri.
“Wujudkan jawatan Timbalan Exco ini, adakah satu keperluan?
“Ramai pihak memberikan pandangan bahawa ia sekadar pembaziran wang rakyat,” katanya.
Dalam masa sama, Norman turut menyindir Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Joh dengan menyatakan pilihan raya tidak perlu diadakan jika hasil akhirnya hanya melibatkan kewujudan lebih banyak jawatan dalam pentadbiran negeri.
“Buat Onn, jika sekadar mahu mewujudkan jawatan Timbalan Exco ini, tidak perlu bubarkan DUN dan menyusahkan rakyat.
“Jangan abaikan solat,” kata Norman lagi.
BACA JUGA Tok Min ubah status Negeri Sembilan, hasil RM785 juta dan pelaburan RM19.1 bilion jadi bukti