Belum tentu siapa MB, kita tengok siapa menang banyak, kata Samsuri

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tiada perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar sekiranya pakatan PN-BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menjawab desas desus bahawa jawatan Timbalan Menteri Besar akan diwujudkan untuk Pas, Ahmad Samsuri berkata, tidak timbul lagi perbincangan siapa Menteri Besar dan siapa timbalannya.

Buat masa ini kata beliau, PN fokus untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi 

“(Soal jawatan Timbalan Menteri Besar) tidak ada perbincangan ke arah itu lagi. Yang kita fokus sekarang ini ialah mendapatkan kerusi sebanyak mungkin di Negeri Sembilan. 

“Jadi tak timbul siapa Menteri Besar, siapa Timbalan Menteri Besar. Belum dibuat keputusan lagi. Kita tengok dulu. Mana tahu siapa yang menang paling banyak kerusi,” katanya kepada pemberita hari ini.

BACA JUGA Pas kini tak lagi bercakap tentang Islam, sibuk main politik kaum