Sanusi ancam saman pihak manipulasi ucapannya, netizen kata samanlah Zahid tu
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba memanipulasi kenyataan beliau tentang isu Tanah Melayu.
Beliau mempertahankan kenyataannya, mendakwa ucapannya telah dipetik sekerat jalan dan digembar gembur untuk menimbulkan ketegangan.
“Siapa-siapa yang cuba untuk memanipulasi isu ini untuk kepentingan politik saya akan saman. Saya akan buat laporan polis balas, saya akan ambil tindakan undang-undang untuk membetulkan perjalanan.
“Jangan cuba memesongkan fakta. Saya sebut itu fakta semua. Tak ada yang saya reka. Saya tak kata siapa-siapa. Saya cerita sejarah sahaja. Takkan tak faham, saja nak timbulkan ketegangan,” katanya kepada pemberita petang tadi.
Sanusi berkata, ucapannya dalam ceramah tempoh hari adalah jelas dan beliau bercakap tentang fakta dan sejarah sahaja.
“Ucapan saya jelas, terus terang, butiran clear. Saje orang nak manipulasi, dia ambil sekerat, dia ulas, dia tambah sendiri (komen) lepas itu dia buat isu Itu sahaja. Saya tak mahu komen.
“Kalau yang faham Bahsa Melayu, duduk lama di sini takkan tak boleh faham. Saja digembar gemburkan untuk meraih keuntungan dengan memburukkan saya. Saya tak sebut benda yang tak ada. Saya sebut fakta sahaja,” katanya.
Pengguna media sosial bagaimanapun memberi reaksi bercampur-campur terhadap respon Sanusi itu.
Selain kritikan berterusan terhadap beliau, ada juga pengguna meminta Sanusi untuk memfailkan saman terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengulas itu tersebut.
Ahmad Zahid hari ini menyarankan supaya Sanusi lebih baik mentadbir negeri Kedah sahaja dan tidak turun ke Negeri Sembilan.Â
Beliau mengingatkan Sanusi supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan kaum.
Kata beliau, jika hasrat pemimpin Pas itu adalah untuk memperlihatkan penyatuan dalam kalangan umat Islam, seharusnya beliau tidak menyentuh isu berkaitan agama, budaya dan kaum lain di negara ini.
BACA JUGA Pengundi Cina luah kecewa, kenyataan Sanusi buat mereka rasa tidak diterima