Terkini Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini
Jemaah Menteri hari ini bersetuju laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji dari 2014 hingga 2020 akan diklasifikasikan semula dan didedahkan hari ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, laporan ini akan dibentangkan dan dibahaskan di satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa laporan ini telah menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan, dan pengurusan tertinggi TH telah berjaya melaksanakan 75 peratus dari syor tersebut.
Jemaah Menteri turut mengambil maklum bahawa TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, sekali gus menunjukkan bahawa pengurusannya kini berada dalam keadaan lebih baik.
Jemaah Menteri turut memutuskan bahawa siasatan penuh oleh badan-badan penguatkuasaan berdasarkan laporan ini akan diteruskan serta-merta, dan pihak-pihak terbabit akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya wujud sebarang pelanggaran undang-undang.
BACA JUGA ‘Jalaluddin jangan sebut, menyampah!’, belum habis ditanya, pengundi Paroi terus pilih Tok Min