Tak pasti nak undi siapa? Semak 10 fakta ini kenapa Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN

Jika anda masih tidak pasti lagi untuk mengundi siapa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, teliti terlebih dahulu rekod Pakatan Harapan (PH) atau HARAPAN sepanjang mentadbir kerajaan negeri sejak tahun 2018.
Berikut 10 fakta yang wajar dipertimbangkan pengundi untuk memastikan kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan terus dipertahankan dengan memilih calon HARAPAN:

1) Kedudukan kewangan Negeri Sembilan terbaik dalam sejarah
Nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sembilan melonjak daripada RM46.3 bilion pada tahun 2020 kepada RM54.3 bilion pada 2025, dipacu oleh lonjakan pelaburan dan pembangunan wilayah.
Ekonomi negeri masih berkembang sebanyak 2.6 peratus, didorong antaranya oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

2) Pelaburan diluluskan mencatat rekod RM19.1 bilion
Negeri Sembilan merekodkan RM19.1 bilion pelaburan diluluskan pada 2025, melibatkan 295 projek dan hampir dua kali ganda sasaran awal RM10 bilion.
Pencapaian kerajaan PH ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan pentadbiran serta hala tuju ekonomi Negeri Sembilan semakin kukuh.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

3) Penyelarasan yang baik antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan
Mengekalkan PH untuk terus menerajui Negeri Sembilan penting bagi memastikan kelancaran projek, kestabilan dasar, dan kecepatan peruntukan dana dari Putrajaya.
Buktinya, perbelanjaan pembangunan Persekutuan untuk Negeri Sembilan meningkat daripada RM4.4 bilion kepada kira-kira RM6 bilion pada 2026, melibatkan 302 projek.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

4) Negeri Sembilan sudah capai status sifar miskin tegar
Negeri Sembilan berjaya mengekalkan status sifar miskin tegar selama empat tahun berturut-turut hasil bantuan bersasar kepada keluarga yang dikenal pasti melalui sistem eKasih.
Pencapaian ini membuktikan pentadbiran PH bukan sekadar mengumumkan angka, tetapi melaksanakan intervensi pendapatan dan kebajikan sehingga rakyat berjaya keluar daripada kemiskinan tegar.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

5) Bantuan kewangan kepada penjawat awam tertinggi di bawah Tok Min
Di bawah pentadbiran Tok Min, lebih 6,000 penjawat awam Negeri Sembilan menerima bantuan kewangan khas sehingga tiga bulan gaji, antara kadar tertinggi pernah diberikan kerajaan negeri.
Kerajaan PH di Nismilan terbukti prihatin terhadap kebajikan penjawat awam seiring kedudukan kewangan negeri yang semakin kukuh.
Pada 2018, penjawat awam menerima satu bulan gaji diikuti dua bulan gaji pada 2024 dan tertinggi mencecah tiga bulan gaji pada tahun lalu.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

6) Keuntungan badan berkanun Negeri Sembilan berganda
Pentadbiran Tok Min dan PH di Negeri Sembilan sejak tahun 2018 menyaksikan kejayaan entiti-entiti milik negeri meningkatkan keuntungan dan memulihkan kedudukan kewangan.
Badan-badan berkanun Negeri Sembilan meraih peningkatan keuntungan dengan manfaatnya dapat disalurkan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif kepada rakyat.
Kecekapan kerajaan negeri sepanjang PH mentadbir Negeri Sembilan terbukti apabila dapat mengurangkan kebergantungan agensi kepada bantuan kewangan kerajaan negeri serta membolehkan penambahbaikan perkhidmatan terus kepada rakyat:
- Yayasan Negeri Sembilan (YNS): Meraih keuntungan berganda sebanyak RM38.75 juta pada tahun 2024 berbanding hanya RM2.52 juta pada tahun 2018. Simpanan yayasan ini juga meningkat daripada sekitar RM1.5 juta kepada lebih RM30 juta.
- Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS): Beralih daripada kedudukan kerugian sebanyak RM800,000 pada tahun 2018 kepada keuntungan sebanyak RM4.61 juta pada tahun 2024.
- Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS): Merekodkan peningkatan keuntungan kepada RM14.66 juta pada tahun 2024 berbanding hanya RM27,000 pada tahun 2018.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

7) PH mempertahankan institusi raja dan adat
PH terbukti mempertahankan institusi raja dan adat apabila menaikkan elaun Undang serta pemimpin adat di Negeri Sembilan.
Malah, pentadbiran kerajaan dipimpin Tok Min melaksanakan program pemeliharaan dan pengembangan adat serta menyediakan peruntukan khas memartabatkan Adat Perpatih sebagai warisan dan identiti negeri.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.


8) Mahasiswa B40 menerima bantuan RM200 sebulan
Di bawah pentadbiran HARAPAN, Negeri Sembilan menyediakan antara bantuan sara hidup mahasiswa B40 paling konsisten.
Mahasiswa Negeri Sembilan menerima bantuan sebanyak RM200 setiap bulan atau RM2,400 setahun yang bukan sekadar bantuan sekali bayar.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

9) Lebih 33,000 rumah mampu milik diberi kelulusan merancang
Kelulusan merancang bagi 33,697 unit rumah mampu milik sejak 2018 membuktikan kerajaan Negeri Sembilan serius memperluas bekalan kediaman yang mampu dimiliki rakyat.
Ketika Barisan Nasional (BN) menjanjikan rumah mampu milik bawah RM110,000, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sebenarnya telah melaksanakan dasar lebih murah sejak 2018.
Pentadbiran Tok Min telah lama memperkenalkan Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis A pada harga RM80,000.
Mengekalkan HARAPAN di Negeri Sembilan akan memastikan pembangunan perumahan negeri lebih tersusun serta memberi lebih banyak peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

10) Dari buaian hingga ke usia emas, kebajikan rakyat sentiasa HARAPAN beri perhatian
Di bawah kepimpinan Tok Min, pelbagai inisiatif kebajikan telah dilaksanakan untuk membantu rakyat di setiap fasa kehidupan.
👶 RM100 Sambut Kelahiran Anak Negeri
💍 RM500 Bantuan Memulakan Rumah Tangga
💻 Komputer Riba untuk pelajar
👴 Bantuan Apresiasi Warga Emas RM200.
❤️ Ratusan inisiatif kebajikan untuk keluarga, peniaga kecil, pesakit dan golongan memerlukan.
Inilah bukti bahawa kerajaan yang prihatin bukan sekadar bercakap, tetapi bekerja dan menyampaikan manfaat terus kepada rakyat.
Nismilan elok dah, kito kekalkan HARAPAN.

BACA JUGA ILHAM akui Tok Min masih popular 75%, lima kerusi penentu buka ruang PH tepis ramalan