Anak muda, mari bincang isu RCI Tabung Haji yang lebih penting dari isu arak dan babi

Pengulas ekonomi, Faiz Ahmad meminta para anak muda, alim ulamak dan asatizah supaya berani bercakap benar terutama dalam isu RCI Tabung Haji.

Menurut Faiz, isu RCI Tabung Haji memang tidak popular kerana orang lebih berminat becakap dan mendengar isu babi dan arak.

“Padahal kehancuran dan tidak amanahnya dalam isu Tabung Haji ini jauh lebih teruk dari isu babi dan arak.

“Anak muda kena mula bercakap tentang isu ini. Alhamdulillah, dalam banyak-banyak anak muda bercakap, Syed Sadiq yang ke depan.

“Saya berharap lebih ramai anak muda ke depan,” kata beliau ketika berucap dalam diskusi ulama dan asatizah tentang RCI Tabung Haji di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur semalam, 16 Ogos 2026.

Faiz adalah antara anak muda yang banyak bercakap tentang ekonomi Malaysia.

Bagi beliau, rakyat negara ini yang bermain tentang sentimen sebenar tidak akan ke mana.

“Negara ini sebenarnya lebih penting untuk diuruskan,” kata beliau.

Kerajaan Malaysia telah membentuk Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat apa yang berlaku kepada Tabung Haji.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji ini disediakan oleh Suruhanjaya yang dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 20 Januari 2022.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah bersidang pada 29 Julai 2026 telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiarkan Laporan RCI tersebut kepada umum.

BACA JUGA Pemuda AMANAH sedia khidmat guaman pro bono kepada penerima LOD Asyraf Wajdi