Selangor terus catat IPU tidak sihat pagi ini
Selangor terus mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi tadi, apabila kawasan Johan Setia merekodkan bacaan sehingga 160.
Ia menjadikan satu-satunya negeri yang mencatatkan bacaan indeks tidak sihat berbanding kualiti udara di 65 stesen lain di seluruh negara.
Dua negeri Utara pula, Kedah (Alor Setar dan Langkawi) serta Perlis, muncul dengan udara paling bersih apabila mencatatkan tahap baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
BACA JUGA ‘Sakau’ TH, semoga Allah hukum mereka sekeras-kerasnya – Dr Danial