Pemandu Grab kagum Kota Bharu makin bersih, ramai mula banding prestasi lemah Pas
Perkongsian seorang netizen mengenai pengalaman berbual dengan pemandu Grab menarik perhatian apabila perubahan sekitar Kota Bharu dikaitkan dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di DUN Kota Lama.
Menurut pengguna Threads itu, pemandu Grab kagum dengan kawasan bandar di ibu negeri Kelantan itu yang kini semakin bersih, lebih sistematik dan mempunyai lebih banyak laluan pejalan kaki.
Malah, pemandu tersebut menyifatkan keadaan semasa lebih baik berbanding sebelum ini.
Komen itu mendapat perhatian besar dengan sekitar 1,800 tanda suka setakat ini sehingga mencetuskan perbandingan mengenai prestasi wakil PH di Kota Lama dengan pentadbiran Pas yang sudah lama menguasai Kelantan.
“Borak dengan drebar Grab bulan 6 hari tu masa dekat Kota Bharu. Ayat drebar tu, “Jauh jugak kau berjalan ya dari hotel sampai stadium ni.
“Nasib baiklah sekarang laluan pejalan kaki makin banyak. Sebab YB PH tu naik, makin bersih dan sistematik bandar KB ni,” tulis Fazrul.
Pujian sama terhadap PH juga muncul daripada Addriyana Azman yang berkata, beliau kerap mengajak ayahnya ke Pasar Siti Khadijah kerana persekitaran bangunan awam itu yang lebih indah sejak Dr Hafidzah Mustakim menjadi ADUN Kota Lama.
Tidak kurang juga yang menyatakan mereka mahukan perubahan dan mahu melihat parti lain diberi peluang mentadbir Kelantan.
Situasi itu secara tidak langsung menunjukkan kehadiran seorang wakil PH sahaja sudah cukup untuk membuat sebahagian penduduk mula melihat perbezaan pendekatan pentadbiran Pas yang sudah lama menguasai Kelantan.
Sentimen seperti ini menjadi isyarat bahawa tempoh pemerintahan Pas yang lama tidak mendatangkan prestasi seperti diharapkan rakyat.
Selepas Pas begitu lama mentadbir Kelantan, rakyat masih teruja apabila melihat hasil pentadbiran wakil rakyat PH.
BACA JUGA Takkanlah lupa Pas pernah kafirkan Umno? Penafian hanya sandiwara demi mahu bercinta semula