Elok je boleh berniaga ‘live’, rakyat cemuh ‘Pidah’ selepas tohmah ‘kerajaan walanon’ zalim
Tohmahan penyokong tegar Perikatan Nasional (PN), Rafidah Ibrahim kononnya kerajaan hari ini adalah kerajaan paling zalim dilihat hanya mengundang cemuhan orang ramai.
Tuduhan Rafidah yang lebih dikenali netizen sebagai ‘Pidah’ dibuat menerusi satu potongan video sesi siaran langsung yang tular.
Menerusi klip video itu, Pidah dilihat sedang berniaga tetapi menyentuh soal politik dan layanan yang didakwa diterimanya.
“…. adalah kerajaan yang paling zalim yang ada.
“Dahlah tak profesional dan kerajaan walanon adalah kerajaan yang zalim.
“Saya tahu di mana tahap saya difitnah, di mana tahap orang cuba mendiamkan saya dan susahkan saya daripada pelbagai sudut,” katanya dalam video yang kemudian menuai perhatian netizen itu.
Namun, ramai secara sinis mempersoalkan bagaimana Pidah masih bebas bersiaran langsung dan berniaga di media sosial jika benar dia sedang ‘didiamkan’ seperti digembar-gemburkannya.
“Dia bising kata kerajaan halang hak untuk bersuara, dia buat live pun mute orang, tu tak halang orang bersuara ke?” tempelak seorang pengguna Threads.
Netizen lain pula berkata, “Yang tak profesional tu kau Pidah. Tengah meniaga sempat berpolitik, beria betul si Pidah ni.”
Selain itu, ramai menegaskan bahawa jika kerajaan benar-benar zalim, Rafidah mungkin tidak lagi bebas menggunakan pelbagai platform seperti sekarang.
Ada juga yang menyindir kecenderungan penyokong Pas itu mengaitkan hampir setiap perkara dengan kerajaan, termasuk ketika sedang mencari rezeki menerusi sesi jualan secara langsung.
“Kalau semua rakyat susah tu lainlah. Kau yang beria kerajaan yang salah,” tulis seorang netizen, manakala seorang lagi secara ringkas berkata: “Bebas berniaga pun dituduh zalim.”
BACA JUGA Anwar rayu doa rakyat Malaysia, 54 masih belum dapat dikesan di Nepal