Ini satu-satunya rumah yang kukuh berdiri ketika bencana dahsyat di Nepal, siapa pemiliknya?

Tular rakaman sebuah rumah yang kekal berdiri teguh di tengah-tengah banjir besar yang menenggelamkan banyak rumah di Nepal baru-baru ini.

Dalam rakaman itu, dapat dilihat sebuah keluarga sedang berdiri di balkoni rumah sambil menyaksikan rumah-rumah di sekitarnya hanyut dibawa banjir besar.

Ketahanan struktur rumah itu kemudiannya menjadi topik perbincangan hangat dalam talian.

Kebanyakan warganet melahirkan rasa tidak percaya melihat rumah tersebut mampu bertahan sedangkan bangunan di sekitarnya lenyap atau dihanyutkan arus yang kuat.

Kebimbangan mengenai nasib keluarga itu juga reda selepas seorang pengguna media sosial berkongsi video yang menunjukkan mereka terselamat daripada bencana tersebut.

Kedua-dua klip berkenaan meraih jutaan tontonan di media sosial.

Syabas kepada mereka yang membina rumah itu,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

Seorang lagi warganet melahirkan rasa syukur kerana rumah berkenaan ‘kebal’ banjir luar biasa tersebut. 

Ada desas desus mengatakan keluarga berkenaan baru pulang dari menunaikan Haji, namun sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.