Tiada budaya sampul surat, ini sebabnya pegawai kerajaan pilih Anwar sebagai PM terbaik

Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai antara pemimpin terbaik untuk masa depan negara oleh pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat di bawah beberapa Perdana Menteri, menurut perkongsian pemerhati politik Norman Radzuan.

Norman berkata, beliau pernah bertanyakan pandangan dua pegawai kanan kerajaan yang masing-masing mempunyai pengalaman panjang berkhidmat dengan empat Perdana Menteri mengenai pemimpin yang paling mereka senangi sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, kedua-dua pegawai berkenaan memberikan jawapan sama dengan memilih Anwar atau PMX.

“Saya suka sebab tiada budaya sampul surat,” katanya memetik jawapan salah seorang pegawai berkenaan.

Seorang lagi, menurut Norman, memilih Anwar kerana melihat Perdana Menteri itu sebagai seorang yang jujur, selain menyifatkan tokoh Muslim ke-10 paling berpengaruh di dunia itu dan isterinya sebagai sangat merendah diri.

Norman berkata, pandangan itu menarik perhatiannya kerana ia datang daripada individu yang bekerja rapat dengan pentadbiran kerajaan dan bukannya ahli mana-mana parti dalam kerajaan.

“Anda mendengar dari media pembangkang tetapi realiti mereka yang bekerja rapat dengan PMX walaupun bukan ahli parti mana-mana parti kerajaan mengakui PMX adalah yang terbaik untuk masa depan negara,” katanya.

Dalam masa sama, Norman turut menekankan kepentingan mendapatkan penjelasan daripada pakar apabila membincangkan isu rumit seperti ekonomi negara, Tabung Haji, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Felda, bukannya hanya bergantung kepada ahli politik.

Beliau turut berkongsi pengalamannya mengikuti pandangan Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Nurhisham Hussein sejak 2023.

“Nampak orangnya biasa-biasa tapi dia luar biasa. Bicaranya tenang tetapi berfakta,” tulis Norman lagi.

BACA JUGA Kerjasama parti Hadi dengan Umno lebih untungkan Pas, Umno pula tinggal berebut baki