Pas cuba rapat Umno, tapi Anwar tetap sukar dijatuhkan selagi Zahid bersama PMX

Oleh MOHD SAYUTI OMAR

Usaha perpaduan ummah yang ditaja Pas dengan Umno sedikit membimbang pihak kerajaan Madani khas penyokong bawahan.

Mereka melihat usaha itu boleh menyingkirkan PM Anwar Ibrahim lebih awal dari dijangkakan.

Penyatuan itu digagaskan ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya di Johor dan Negeri Sembian dimana ia ditumpang Pas, kononnya kerana electoral pac (persefahaman) dengan BN kemenangan terpias kepada Pas.

JadI, Pas menunggangkan dan claim keputusan itu kejayaan bersama.

Bagi Pas, inilah masa terbaik untuk bersatu dengan Pas sekaligus buat apologik kepada Umno yang dikhianatinya sebelum pilihan raya ke-15 lalu apabila Muafakat Nasional (MN), dileraikan Pas yang mengambil keputusan drastik bersama Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).

Perbuatan Pas itu benar-benar menyakitkan BN, kesannya BN kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-15 dan tindakan itu beri peluang kepada Pas menang besar 43, kerusi Parlimen. Kemenangan ini menjadikan Pas naik minyak.

Kejadian itu tetap dikenang oleh Umno selamanya. Sebagai parti berpengalaman ia tentu menyimpan dendam dan akan membalasnya suatu hari kelak.Balasan sudah mula nampak kini.

Tidak iktiraf Pas

Umno tidak iktiraf sokongan Pas di Johor, tidak pun melantik wakil Pas dalam Dewan Undangan Johor. Umno tidak pun menunjukkan terima kasih kepada Pas.

Penyatuan ummah yang Pas bawakan tidak dipandang penting oleh Umno. Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan akan menghadiri muktamar Pas, membatalkan saat-saat akhir tanpa sebut, kenapa?

Pembatalan itu menunjukkan kehadirannya tidak penting, dan penyatuan ummah itu juga tidak mustahak. Umno seperti mahu main-mainkan Pas sahaja.

Maka Pas tersengehlah di Pengkalan Chepa. Umno hanya hantar orang yang desperate untuk menang pilihan raya Asyraf Wajdi yang datang berama bapaknya sekali Dusuki Ahmad. Dusuki sangat mengimpikan anaknya menjadi ahli Parlimen. Kesanggupan Asyraf hadir itu merosakkan reputasi politiknya.

Sebagai counter keralatan Zahid itu, Hadi Awang terpaksa buat gimik liar di hujung muktamar, kononya partinya pernah didatangi wakil Amerika Syarikat (AS) untuk membantunya, ketika itu jatuhkan Najib.

Tetapi dia tolak. Moral of the story cerita dongeng Hadi itu (sebab Kedutaan AS di Kuala Lumpur sudah menafikan), dongengan khayal itu untuk tunjukkan dia pemimpin penting, bertaraf dunia yang dapat mengubah senario politik.

Anehnya apbila Amerika tanya siapa bakal PM kamu, Hadi terkulat-kulat macam tikus tengok besi memulangkan pertanyaan itu kepada orang yang dikatakan wakil Barack Obama itu. Para muktamir gelak dengar cerita bohong Hadi.

Untuk menyimpul segala itu, para pendukung PH tidak perlu ragu dan bimbang dengan Umno, yang akan tetap mendukung Anwar sebagai PM.

Pernyataan Zahid Hamidi yang memang ada pertemuan di Bangkok, tetapi ia bukan untuk melakukan tebuk atap, sangat jelas.

Berdasarkan perkenalan saya dengan Zahid sejak tahun 1996, Zahid adalah sahabat yang akan sehidup semati dengan Anwar Ibrahim.

Satu dialog saya dengannya dalam perjalanan ke Bagan Datuk, “Macam mana kedudukan saya, ni Ustaz?” (dia panggil saya Ustaz).

Maksudnya mengenai siapa yang beliau harus disokong antara Mahathir atau Anwar yang berkrisis ketika itu.

Saya jawab ringkas, “Datuk dikenali sebagai orang Pak Sheikh, maka Datuk harus tenggalam dan timbul bersama Pak Sheikh,” kata saya dan menyambung, “boleh sahaja Datuk hendak lepaskan diri, tinggal Pak Sheikh, tetapi Datuk akan dikutuk.”

Suasana politik selepas pilihan raya ke-15, memberi peluang kepada Zahid untuk membalas dan berjasa kepada bossnya itu.

Dalam pertemuan pertama kali selepas beliau dilantik jadi TPM, di Damansara, saya memeluk dan membisik ditelinganya, “Terima kasih dan tahniah Datuk kerana akhirnya mengagkat Pak Sheikh sebagai PM.

Ini kejayaan bersama. Bagi saya selagi Umno dipimpin Zahid beliau akan bersama Anwar Ibrahim. Tampaknya Pas perlahan-lahan dipermainkan Umno.

BACA JUGA Bukan sekadar bekalan, kemampuan rakyat membeli jadi cabaran besar Belanjawan 2027