‘Tiada nas, tak ada dalam Quran’ – Guru pondok tegur isu sokong Pas boleh masuk syurga
Kenyataan kontroversi pemimpin Pas yang mengaitkan sokongan kepada parti itu boleh masuk ke syurga terus mengundang kritikan ramai pihak, termasuk golongan agamawan dan ulama pondok.
Terbaharu, Guru Pondok Ma’ahad Ibn Sunni Ittifaqul Masya’iq, Tuan Guru Abdul Rahim Abdul Rahman tampil menegur kenyataan tersebu, menyifatkan ia sebagai kata-kata yang tak bersanad, tak bersandar kepada al-Quran dan sunah Rasulullah”.
“Baru-baru iniada orang yang mengatakan bahawa pangkah Pas, masuk syurga. Jadi saya nak tanya ada nas al Quran ke, ada dalam hadis Nabi ke, ada dalam kitab ke?
“Sedangkan di Patani bukan ada Pas. Neraka habis ke orang Patani ni? Orang Indonesia tak ada Pas. Di Mekah tak ada Pas, Pas ini di Malaysia ja. Masuk neraka habis.
“Itu maknanya ia kata-kata yang tak bersanad, tak bersandar Kepada al-Quran dan sunah Rasulullah,” tegas beliau dalam rakaman video dikongsikan YADIM
Abdul Rahim menjelaskan bahawa parti politik dan demokrasi hanyalah wasilah atau jalan untuk mengembangkan Islam, bukan penentu syurga dan neraka.
“Parti ini, kepartian ini, pilihan raya ataupun demokrasi adalah satu wasilah, satu cara… Ia sebagai satu mengembangkan bidang Islam boleh…” katanya.
Namun beliau mengingatkan, sudah lebih 60 tahun Pas berjuang namun tiada negara pun yang terbukti tertegak Islam semata-mata kerana parti dan demokrasi.
Beliau juga menyentuh perkembangan pentadbiran di Kelantan yang menurutnya jauh dari sebarang perubahan.
“Sampai hari ini kalau kita tengok Kelantan 20 tahun dah diperintah dengan Pas, dia buat Islam tang mana? Tak ada apa perubahan pun.
Paling pedas, Tuan Guru Abdul Rahim menyelar sikap sesetengah pihak yang terlalu “sembang kemas” dalam berpolitik sehingga sanggup mengkafirkan dan melabel lawan politik.
“Dalam keadaan di Malaysia, demokrasi pada hari ini satu benda yang janganlah (sembang) kemas sangat. Jangan sampai kita (cakap) sokong Pas masuk syurga, ertinya korang pangkah parti lain masuk Neraka semua.
“Itu ada ilmu tapi tak beramanah orang kata. amanah tak ada dalam hati dia, sikit sikit khianat kepada rakyat.”
Beliau menutup tegurannya dengan peringatan hadis berkenaan kepimpinan.
“Dalam hadis banyak sebut, tuhan murka pemimpin yang membohong, tipu rakyat dia,” kata beliau.