PMX hubungi keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq, jamin bantuan mangsa nahas Long Lellang

Perdana Menteri hari ini meluangkan masa menghubungi Bee Sham Ahmad, ayahanda kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq bagi menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga besar Allahyarham.

“Tatkala menghimbau kenangan sewaktu Allahyarham bertanggungjawab menerbangkan saya ketika kempen PRU15 lalu menjadikan saya sangat tersentuh dan mengesankan sanubari yang terdalam.

“Teruji dengan kehilangan amat berat, lebih-lebih lagi buat keluarga dan anak-anak yang jauh masih kecil. 

“Saya titipkan doa agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada keluarga ini untuk terus melangkah menghadapi hari-hari mendatang,” katanya beliau.

Lantaran itu, Anwae berkata, Kerajaan MADANI akan memastikan segala bantuan dan keperluan keluarga Allahyarham serta keluarga mangsa lain didukung dan diberi pembelaan sewajarnya.

“Justeru, ingatan dan doa saya, Azizah serta keluarga sentiasa bersama seluruh keluarga dan waris mangsa.

“Semoga Allah SWT mengasihani mereka, mengampun segala dosa mereka, melimpahkan rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan para syuhada.

“Malaysia meratapi pengorbanan dan limpah bakti mereka kepada negara,” titipnya.

Kapten Zainol Afiq, 31, disahkan antara 5 mangsa nahas helikopter jenis di STOLport Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak petang Selasa.

Helikopter itu menjalankan operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM. Turut terkorban ialah pegawai perubatan Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, PPP Alexson Adit dan dua jururawat Debra Moset serta Jessie Paya.