Teka teki bakal terjawab, DUN Melaka bubar petang ini?
Teka-teki mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka terjawab petang ini
Media melaporkan, pengumuman dijangka dibuat dalam sidang media sekitar jam 3 petang selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada jam 12 tengah hari dan Mesyuarat Post-Exco pada jam 2 petang.
Bagaimanapun belum ada pengesahan rasmi mengenai pembubaran tersebut.