Umno-Pas penderhaka sebenar terhadap institusi Raja, jelas terlibat langkah jatuhkan Tuanku

Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional, Ustaz Shahir menyifatkan tindakan Umno dan Pas berkompolot untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai kebiadaban, pengkhianatan dan penderhakaan paling jelas terhadap institusi Raja.

Beliau berkata, Umno, Pas dan Wawasan tidak boleh mengelak daripada mengakui keterlibatan mereka dalam komplot tersebut, malah perkara itu sudah semakin jelas susulan perkembangan politik di Negeri Sembilan.

“Yang ini Umno, Pas, Wawasan tak boleh tipu. Mereka terlibat. Saya ulang eh. Mereka tak boleh tipu, mereka terlibat. Mereka terlibat A to Z.

“Yang paling bermasalah mereka buat apabila Cikgu Bad sebut pant** Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesebelas. Ini bukan bukan benda biasa tuan-tuan eh. 

“Ini adalah kebiadaban, pengkhianatan,

penderhakaan yang paling jelas. Yang digerakkan oleh bukan sekadar Umno tapi Pas dan juga Wawasan,” kata beliau dalam satu ceramah.

Shahir berkata, sikap tersebut bukan perkara kecil apabila terdapat tindakan yang disifatkannya sebagai biadab terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau turut membangkitkan peristiwa pada malam 22 April apabila empat Exco datang menemui Datuk Seri Aminuddin Harun di kediamannya dan meminta supaya sidang DUN ditangguhkan, sedangkan Tuanku Muhriz sebelum itu telah bersetuju untuk berangkat ke persidangan DUN pada 23 April.

“Kerajaan negeri nak minta tarikh buat sidang DUN pun mesti minta pada Tuanku. Mohon pada Tuanku. Tuanku titah tarikh tersebut Tuanku bersetuju untuk turun.

“Malam itu kamu minta supaya tak turun. Siapa kamu? Siapa kamu? Kamu Exco,” katanya.

Menurut Shahir, pendirian Tok Min yang enggan menandatangani proklamasi turunkan Tuanku Muhriz adalah bertepatan, jauh berbeza dengan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan dari Umno, Ismail Lasim yang terus menandatangani proklamasi tersebut hanya sehari selepas mengangkat sumpah jawatan.

“Hari ini sejarah. Ni sejarah ni. Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Umno sanggup sign proklamasi tersebut sehari selepas dia angkat sumpah. Dia sign untuk menurunkan Tuanku Muhriz,” katanya.