Dah ada dua parti Melayu besar pun tapi kemelut Negeri Sembilan makin parah

Kehadiran dua parti Melayu terbesar dalam pentadbiran Negeri Sembilan ternyata belum mampu meredakan kemelut adat dan perlembagaan yang semakin berlarutan, tempelak bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Puad mempersoalkan apa yang disifatkannya sebagai politik Melayu yang semakin kehilangan kebijaksanaan dan semangat muafakat apabila pertikaian berkenaan kini dilihat lebih bersifat konfrontasi.

Beliau menegaskan Negeri Sembilan ditadbir dengan penglibatan dua parti Melayu besar, namun keadaan semasa mmenunjukkan kerjasama politik itu masih belum berjaya menghasilkan jalan penyelesaian terhadap kemelut berkenaan.

“Negeri Sembilan ditadbir oleh dua parti orang Melayu terbesar tetapi gabungan itu tidak menjanjikan apa-apa.

“Slogan muafakat ummah hanya indah khabar dari rupa,” ujar bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu.

Menurutnya, perkembangan semasa memberi gambaran seolah-olah tidak berlaku perbincangan antara Umno dan Pas bagi meredakan keadaan.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan sama ada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membawa isu berkenaan untuk dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti sebelum sebarang pendirian atau tindakan dibuat.

“Rasanya Zahid tidak bincang dalam MKT bagaimana kemelut Negeri Sembilan boleh diselesaikan.

“Amalan Zahid ialah buat keputusan cara solo, kemudian baru minta mandat MKT.

“Sebab itu krisis ini melarat menjadi konfrontasi antara MB dengan SUK penasihat undang undang, KSN dan AGC.

“Justeru amat wajar dipulangkan kepada kebijaksanaan Raja Raja Melayu,” kata Puad lagi.

BACA JUGA Mulanya nak jumpa Tunku Nadzaruddin, akhirnya Ismail hanya bersarapan dengan bekas Exco, ADUN