RENCANA | Episod malang di Negeri Sembilan

Raja Dipertahan Dengan Slogan, Atau Dengan Perlembagaan?

Sejarah Tanah Melayu terutama ketika penjajahan British sepatutnya mengajar kita satu perkara yang pahit: apabila kuasa politik mengatasi undang-undang, institusi Raja Melayu akhirnya menjadi mangsa.

British pernah mempertaruhkan Raja-raja Melayu. Mereka wewenangnya mengiktiraf, menolak, mengembalikan atau menyingkirkan seseorang raja mengikut perkembangan politikdan kepentingan pentadbiran kolonial. 

Sejarah tidak pernahmenyembunyikan hakikat tersebut.

Di Perlis, Raja Syed Hamzah Jamalullail tidak diiktiraf British selepas Perang Dunia Kedua dan akhirnya terpaksa turun takhta. 

Di Selangor, Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah yang menaiki takhta ketika pendudukan Jepun tidakdikekalkan apabila British kembali. 

Di Terengganu pula, Sultan Ali Shah disingkirkan selepas British kembaliberkuasa.

Mereka adalah sebahagian daripada sejarah panjang tentangbagaimana kuasa yang lebih besar boleh menentukan nasibinstitusi Raja apabila prinsip, adat dan kepentinganpolitik bertembung.

Hari ini kita bukan lagi hidup di bawah penjajahan British, namun pemikiran sesetengah pimpinan masyarakat seolah-oleh mewarisi daya fikir penjajah.

Kita mempunyai Perlembagaan. Kita mempunyai undang-undang. Kita mempunyai institusi Raja Berperlembagaan.

Kita mempunyai prinsip Kedaulatan Undang-undang.

Teras rukunegara kita antaralain adalah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Maka persoalannya menjadi lebih tajam:

Mengapa sejarah kebobrolan warisan penjajah yang sepatutnya telah kita tinggalkan seolah-olah kembalimenghantui Negeri Sembilan?

Kali ini bukan British yang berada di hadapan. Kali ini persoalannya berkisar pada tindakan dan keputusan institusi tempatan sendiri.

Dan di tengah-tengah episod ini berdiri nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Raja bukan milik parti politik

Ada satu perkara yang mesti difahami oleh setiap rakyat Malaysia. Raja bukan milik Umno. Raja bukan milik Pas. Raja bukan milik PKR. Raja bukan juga milik DAP. Raja bukan milik mana-mana parti politik.

Raja adalah institusi negara. Ia diiktiraf dan dilindungi oleh perlembagaan.

Dalam Negeri Sembilan, kedudukan Yang di-Pertuan Besar pula berakar pada adat, warisan dan Undang Yang Empatyang mempunyai kedudukan tersendiri dalam strukturpemerintahan negeri.

Sebab itu kesetiaan kepada Raja tidak boleh ditafsirkan sebagai kesetiaan kepada mana-mana parti yang mendakwadirinya sebagai pelindung Raja.

Kesetiaan kepada Raja ialah kesetiaan kepada institusi. Dan kesetiaan kepada negara pula menuntut kita mempertahankan Perlembagaan.

Maka apabila kedudukan seorang Raja dipersoalkan, perkarapertama yang harus berdiri teguh bukan kepentingan parti.Yang harus berdiri ialah undang-undang.

Di manakah prosesnya? Inilah persoalan yang tidak boleh ditenggelamkan oleh propaganda politik.

Pada 19 April 2026, satu proklamasi berkaitan penurunanTuanku Muhriz telah dibuat. 

Kemudian, pada September, kerajaan Negeri Sembilan diterajui Umno BN Bersama rakanya Perikatan Nasional mempertahankan kesahan proklamasi tersebut dan menyatakan bahawa Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu. 

Ironisnya pada kenyataan akhbar pada 9hb September 2026, Menteri Besar Negeri Sembilan menyatakan bahawa beliau telah dipaksa menandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

Akhbar melaporkan beliau telah membuat laporan Polis pada sekitar jam 6 petang pada 8hb September 2026 supaya suatu siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Namun pada 15 September yang lalu Exco Kerajaan Negeri Sembilan sebulat suara mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Yang di-Pertuan Besar !

Tetapi persoalan perlembagaan mengenai proses itu bukan perkara kecil.

Dewan Keadilan dan Undang mempertikaikan kesahantindakan tersebut dan menegaskan bahawa Tuanku Muhriz masih merupakan Yang di-Pertuan Besar yang sah.

Lebih penting, Jabatan Peguam Negara mengambil pendirianbahawa proklamasi tersebut tidak mematuhi kehendak Perkara10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan bahawa Menteri Besar serta Exco tidak mempunyai kuasaunilateral untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar.

Jika pandangan Jabatan Peguam Negara itu benar, maka persoalannya bukan lagi sekadar pertikaian politik.

Ia menjadi persoalan kedaulatan undang-undang.

Kerana kalau seorang Yang di-Pertuan Besar boleh diturunkantanpa proses perlembagaan yang jelas, maka rakyat berhak bertanya:

Apakah yang menghalang perkara yang sama daripada berlaku terhadap institusi lain pada masa akan datang?

Hari ini Raja. Esok siapa?

Umno dan paradoks “pembela Raja”

Di sinilah ironi politik Umno menjadi terlalu jelas untuk tidak disebut. Selama puluhan tahun, Umno membina sebahagian besar naratif dan identiti politiknya atas nama Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam.

Slogan mempertahankan Raja dan kedudukan Melayu bukansesuatu yang asing dalam sejarah politik parti itu.

Tetapi apabila berlaku krisis yang menyentuh secara langsung kedudukan seorang Raja Melayu, rakyat kini berhak menilai bukan slogan Umno, tetapi tindakannya. Itulah ukuran sebenar.

Mudah untuk melaungkan “Hidup Melayu.”

Mudah untuk melaungkan “Daulat Tuanku.” Mudah untuk mendakwa sebagai benteng institusi Raja.

Tetapi apabila sampai kepada persoalan sama ada proses menurunkan seorang Raja mematuhi Perlembagaan atau tidak, di situlah slogan perlu dibuktikan dengan tindakan.

Kerana “Daulat Tuanku” yang hanya keluar ketika kamera sedang merakam tidak membawa makna jika prinsip perlembagaan diketepikan ketika kepentingan politik dipertaruhkan.

Umno boleh menafikan penglibatan dalam usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz. Itu hak mereka dan penafian tersebut wajar direkodkan. Tetapi penafian politik tidak menyelesaikan persoalan perlembagaan.

Persoalan yang rakyat mahu jawapan bukan semata-mata: “Adakah Umno terlibat?”

Persoalan yang lebih besar ialah: “Adakah proses yang digunakan untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar itu sah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri?”

Jika jawapannya ya, buktikan dengan proses yang jelas.

Jika tidak, mengapa rakyat diminta menerima sesuatu yang asas undang-undangnya sendiri dipertikaikan?

Jangan jadikan Raja sebagai alat permainan politik

Rakyat Malaysia telah melihat terlalu banyak episod politik di mana prinsip berubah mengikut siapa yang sedang berkuasa. Ketika berada di pembangkang, seseorang bercakap tentang demokrasi.

Apabila berkuasa, demokrasi ditafsirkan mengikut keperluan. Ketika tidak berkuasa, seseorang bercakap tentang kedaulatanundang-undang.

Apabila berkuasa, undang-undang pula seolah-olah menjadisesuatu yang boleh ditafsirkan mengikut keadaan. Dan kini kita melihat satu lagi paradoks:

Parti yang begitu lantang mendakwa dirinya mempertahankan Raja-raja Melayu kini berdepan persoalan mengenai pendiriannya apabila kedudukan seorang Raja Melayu dipertikaikan.

Inilah sebabnya rakyat tidak seharusnya menilai Umno berdasarkan sejarah, slogan atau nostalgia. Nilailah berdasarkan prinsip.

Jika benar mempertahankan Raja, pertahankanlah Raja melalui Perlembagaan. Jika benar mempertahankan Melayu, pertahankanlah institusiMelayu melalui undang-undang.

Jika benar mempertahankan negara, pertahankanlah Kedaulatan Undang-undang walaupun keputusan itu tidak memihak kepada kepentingan politik sendiri.

Itulah keberanian politik yang sebenar.

Jangan ulang sejarah British

Ada sesuatu yang sangat sinis dalam episod ini. Dahulu British datang sebagai kuasa asing dan campur tangandalam urusan Raja-raja Melayu. Hari ini kita sudah merdeka.

Tetapi jika kuasa politik tempatan boleh menentukan nasibseorang Raja tanpa proses yang jelas, telus dan berperlembagaan, maka kita perlu bertanya: Apakah kita benar-benar telah belajar daripada sejarah?

Perbezaannya cuma satu. Dahulu kuasa asing berbuatdemikian. Hari ini, jika ia benar-benar berlaku, ia dilakukanoleh tangan kita sendiri.

Dan itulah yang paling menyedihkan. Kemerdekaan bukan sekadar menukar bendera Union Jack kepada Jalur Gemilang.

Kemerdekaan bermaksud rakyat dan institusi negara tidak lagitunduk kepada kehendak mana-mana kuasa yang bolehbertindak sesuka hati.

Kita merdeka kerana kita diperintah oleh Perlembagaan, bukan oleh kehendak individu atau parti.

Kesetiaan kepada Raja bukan kesetiaan membuta tuli

Ada juga satu perkara yang harus ditegaskan.

Kesetiaan kepada Raja tidak bermaksud rakyat tidak boleh bertanya.

Sebaliknya, rakyat yang benar-benar menghormati institusi Raja harus menjadi orang pertama yang menuntut agar institusi tersebut dilindungi oleh Perlembagaan.

Raja mesti dilindungi daripada politik kepartian. Raja mesti dilindungi daripada manipulasi kuasa. Raja mesti dilindungi daripada keputusan yang dibuat tanpa proses yang sah.

Dan rakyat mesti dilindungi daripada tafsiran undang-undang yang berubah-ubah mengikut kepentingan politik. Itulah maksud sebenar Daulat Tuanku dalam sebuah negara berperlembagaan.

Bukan ketaatan membuta tuli. Tetapi kesetiaan kepada institusi, adat dan Perlembagaan.

Negeri Sembilan sedang menguji kita

Episod Negeri Sembilan bukan sekadar episod tentang seorang Tuanku. Ia adalah ujian kepada seluruh sistem.

Ujian kepada kerajaan negeri. Ujian kepada institusi adat. Ujian kepada parti politik.

Ujian kepada instutusi peguam. Ujian kepada mahkamah. Dan paling penting, ujian kepada rakyat.

Adakah kita benar-benar percaya bahawa tiada siapa berada di atas undang-undang? Adakah kita percaya bahawa kuasa politik mesti tunduk kepada Perlembagaan?

Adakah kita percaya bahawa institusi Raja mesti dipertahankan daripada percaturan parti? Jika jawapannya ya, maka prosesnya mesti jelas. 

Jika ada pertikaian, biarkan ia diputuskan melalui saluranperlembagaan dan kehakiman yang sah. Jangan gunakan kekuatan politik untuk menggantikankekuatan undang-undang.

Jangan gunakan majoriti untuk menggantikan Perlembagaan. Dan jangan gunakan nama Raja untuk menghalalkan tindakan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang.

Cukuplah dengan slogan

Umno, jika benar mahu dikenali sebagai pembela Raja-raja Melayu, tidak memerlukan lebih banyak slogan. Ia hanyaperlu melakukan sesuatu yang jauh lebih mudah tetapi jauhlebih sukar bagi politikus: berpegang kepada prinsipwalaupun prinsip itu tidak menguntungkan.

Kerana Raja bukan alat untuk memenangkan pilihan raya. Melayu bukan alat untuk mendapatkan undi. Agama bukan alat untuk menutup kelemahan politik.

Dan Perlembagaan bukan buku yang hanya dibuka apabila ia menyebelahi kita.

Raja adalah institusi negara serta termaktup sebagai asas rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara.

Kedaulatan undang-undang adalah tiang negara. Dan kesetiaan kepada negara bermaksud mempertahankan ketiga-tiganya — bukan mempertahankan mana-mana parti.

Sejarah telah menunjukkan kepada kita apa yang berlaku apabila Raja dipertaruhkan oleh kuasa politik.

Kita telah melihat bagaimana Raja Syed Hamzah, Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah dan Sultan Ali Shah menjadi sebahagian daripada episod sejarah apabila kedudukan Raja berubah mengikut pergolakan kuasa.

Jangan biarkan Negeri Sembilan menjadi satu lagi episodyang akan ditulis oleh sejarawan sebagai bukti bahawa setelah lebih 60 tahun merdeka, kita masih gagal belajar bahawa kuasa tanpa batas akhirnya akan memakan institusi yang sepatutnya dilindunginya.

Dan kepada mereka yang gemar melaungkan “Daulat Tuanku”, satu soalan mudah: Adakah Tuanku hanya berdaulat apabila politik bersetujudengan Tuanku?

Atau Tuanku tetap berdaulat kerana Perlembagaan, adat dan negara mengiktiraf kedudukan itu?

Jawapan kepada soalan itu akan menentukan sama ada kitabenar-benar mempertahankan Raja sebagai payung negara yang kita kasihi dan cintai, atau sekadar menggunakan nama Raja untuk mempertahankan kuasa.

Daulat Tuanku. Doa kami kepada Tuanku Muhriz supaya dilindungi Allah SWT dan dilindungi dari terus-terusan diaibkan dan daulatlah Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.