Tun Dr Hasmah suri tauladan isteri pembesar negara, kata Mohamad Sabu

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah sebagai suri tauladan buat para isteri pembesar di negara ini.

“Semalam saya menyertai majlis tahlil beliau. Saya datang kerana saya sangat hormati beliau.

“Bagi saya, Tun Siti Hasmah adalah suri tauladan buat isteri pembesar negara. Mana kita pernah dengar orang dapat projek atau rundingan projek di dapur dia.

“Dia benar-benar menjalankan tugas sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang sesungguhnya.

“Semoga roh Allahyarhamah diterima Allah,” katanya kepada Harapandaily.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pernah berkhidmat dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerajui kerajaan Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Ketika itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

“Apa yang kita khasnya saya sendiri tak kata kat Mahathir, tetapi kita tidak pernah kecam atau kutuk Dr Siti Hasmah.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau atas pemergian seorang suri tauladan ini,” kata Mohamad lagi.

BACA JUGA Dari kerusi CEO ke kerusi roda, Azlizan didakwa pecah amanah RM37.37 juta