Mengata dulang paku serpih, naratif kemelut Negeri Sembilan sarat percanggahan

Oleh LIYANA MARZUKI

Naratif war room bagi polemik Negeri Sembilan sangat lemah.

Bercempera dan seolah-olah sasaran mereka bukan the thinking middle. Bukan untuk pengundi yang berfikir. Naratif yang membungkam minda dari awal.

Saya tolong senaraikan:

  1. “MB PH kenapa tak tandatangan proklamasi apabila Undang minta, anda tak boleh pick side ya dan sebelah YamTuan!”

Yang MB mereka buat, pergi sign pula proklamasi (despite under duress) dan blatantly took side dan menangkan mantan Undang.

  1. “MB tak boleh campur tangan, ini isu adat”

MB dan Exco mereka siap sahkan dan isytihar penurunan takhta Yamtuan Negeri Sembilan.

Dua tiga hari sebelum itu baik punya mereka angkat sumpah taat setia pada Yamtuan yang sama. Ini bukan hanya campur tangan. Ini sudah derhaka dan khianat.

  1. “AG mana boleh campur tangan urusan Negeri Sembilan”

Tapi boleh pula baru-baru ini, mantan Undang dan Yamtuan mereka tulis surat kepada AG dan KSN untuk campur tangan.

Banyak naratif seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ternyata war room mereka bukan target pengundi yang berfikir. Kita boleh detect flip flop ini.

Pasukan media yang sama

Bulldozing naratif seperti ini sangat dangkal dan berbahaya seolah-olah mereka ingat rakyat Malaysia ini dungu dan akan hanya telan saja apa yang ada.

Ini dejavu kes dan naratif 1MDB. Bilamana rakyat dipaksa percaya naratif derma Raja Arab. Walhal, di mahkamah terdedah itu hanya Hikayat 1,001 malam.

Hakikatnya, Jho Low yang scam PM kita. Dan akhirnya, PM6 pun mengaku jua.

Tiada derma Arab sebenarnya dan intel yang kami terima, ops di Negeri Sembilan ini dipelopori team media yang sama.

Melawan jajahan minda

Bagaimana kita nak lawan jajahan minda dan spin naratif yang merata?

  1. Tanya bukti dan sumber

Kalau mereka kata ini isu adat, tanyalah pembilangan yang mana, rekod di teromba mana? Apa literatur/ sumber kajian yang diguna?

Kalau mereka kata isu Perlembagaan, tanya klausa mana, ada pengecualian atau silang rujukan? Adakah mereka ada kelayakan untuk menterjemahkan dan menilai teks Undang-Undang?

  1. Rujuk pada yang ahli bukan propagandis

Nak fahamkan isu dan cerita, carilah pakar dan ahli dalam bidang. Jangan percaya propagandis yang ulas semua perkara walhal dia pakar IT tak pun belajar tak habis.

Bidang undang-undang ini bidang profesional. Sama dengan doktor. Bukan semua boleh faham dan baca. Ada kaedah dan principle. Ada maxim dan precedent.

Yang set engineer atau architect tak boleh redah sahaja. Sama juga peguam tidak wajar bagi pandangan untuk tugas engineer, arkitek atau doktor.

Kalau kita tahu displin ilmu, kita akan faham isu teknikal undang-undang tidak boleh dirujuk kepada pakar bekam.

Fakta dan bukti

Moga kita dapat ajar anak-anak kita literasi media sosial. Jangan terus pajakkan otak dengan propaganda. Semak dan rujuklah pada yang pakar.

Negara yang hebat bukan kerana ada pemimpin yang bijak. Pengundi yang bijaksana itu lebih besar impaknya. Kita menilai dengan fakta dan bukti.

Bukan hanya taksub angguk-angguk, geleng-geleng mengikut parti.

BACA JUGA Lebih tinggi berbanding negeri lain, lebih 1,000 wanita Kelantan diperalat warga asing