Ahli Parlimen Machang kini stabil, berehat di HKL

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, 39, berada dalam keadaan stabil dan kini sedang berehat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan ringkas pentadbir media sosial beliau tengah malam tadi.

Bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan keadaan dan kesihatannya.

“YB Wan Ahmad Fayhsal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan,” menurut kenyataan itu.

Pihak pentadbir turut memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan Wan Ahmad Fayhsal akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Wan Fayhsal yang juga Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara dilaporkan tidak sedarkan diri di kediamannya, awal pagi semalam.

Menurutnya yang pernah mencadangkan supaya Bank Negara Malaysia (BNM) mencetak lebih banyak wang kertas untuk diberikan terus kepada rakyat akibat pandemik Covid-19, kejadian itu berlaku ketika beliau membantu menyiapkan tugasan sekolah anaknya sebelum pengsan hingga jam 6 petang.

Susulan itu, dia menjalani pemeriksaan dan rawatan ujian Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).

BACA JUGA Lebih tinggi berbanding negeri lain, lebih 1,000 wanita Kelantan diperalat warga asing