Suspek dakwa petugas lapangan terbang disogok untuk lepaskan mereka tanpa periksa
Sebuah media Jepun melaporkan bahawa petugas lapangan terbang didakwa telah menerima bayaran supaya tidak memeriksa lima rakyat Malaysia yang menyeludup lima kilogram kokain bernilai RM3.1 juta.
Maklumat itu dikatakan diberitahu oleh salah seorang suspek lelaki berusia 21 tahun yang ditahan dalam kes tersebut.
Kesemua mereka ditahan ketika cuba membawa masih dadah melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.
Bagaimanapun memetik BH, laporan itu tidak menjelaskan lapangan terbang mana yang dimaksudkan itu atau mengemukakan pengesahan bahawa sebarang sogokan benar-benar berlaku.
“Saya diberitahu petugas lapangan terbang sudah dibayar, jadi kami tidak akan diperiksa. Sebab itu saya berasa lega,” kata suspek dalam laporan FNN, seperti dipetik BH.
Menurut laporan, lima rakyat Malaysia itu dipercayai menerima tawaran kerana menghadapi masalah kewangan sebelum cuba membawa masuk kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut.
Bagaimanapun Bukit Aman hari ini melaporkan bahawa lima rakyat Malauysia tersebut datang ke Jepun untuk melancong.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah mengenal pasti kesemua individu berkenaan termasuk seorang yang telah pulang, dengan lima daripada mereka berasal dari Sarawak serta tiada seorang pun mempunyai rekod jenayah.