Tular rakaman Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim

Rakaman video Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir meluahkan kemurkaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim tular di media sosial.

Rakaman berdurasi lebih tiga minit itu dipercayai dirakam di perkarangan sebuah masjid hari ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan Tuanku Muhriz yang mengenakan Baju Melayu lengkap bersongkok sedang bertitah dengan nada tegas kepada Ismail Lasim yang berada di lokasi berkenaan.

Antara titah yang kedengaran dalam rakaman itu ialah:

“Itu pasal jumpa saya buat apa… balik… I don’t want to see you. Understand. I am Yang di-Pertuan Besar…. You say i’m not. You say I am not”.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak Istana berhubung video yang tular itu, manakala konteks penuh rakaman masih belum dapat dipastikan.