Rakyat Indonesia terpaksa duduk dalam ‘mall’ demi caj telefon, ambil udara sejuk

Satu rakaman situasi di Batam, Indonesia menjadi perhatian selepas penduduknya dilihat beramai-ramai memenuhi sebuah pusat beli belah untuk mengecas telefon.

Difahamkan ia berpunca kerana kawasan perumahan mereka terputus bekalan elektrik. Tidak pasti ketiadaan elektrik itu disebabkan jerebu yang terlalu teruk atau bukan.

Kejadian berlaku di Mega Mall Batam Centre, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan orang ramai duduk di kawasan yang memiliki soket elektrik. 

Lebih mengejutkan, ada antara mereka sanggup membawa pengecas multi-port atau pengecas berbilang peranti. 

Selain mengecas telefon, mereka juga memilih untuk menyejukkan diri di dalam pusat beli-belah berkenaan kerana terdapat penyaman udara. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 15,200 tontonan.