Kes bendera terbalik: Representasi Akmal mohon gugur pertuduhan ditolak
Permohonan representasi dikemukakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bagi menggugurkan pertuduhan jenayah terhadap beliau atas dakwaan menyebabkan ketakutan awam, ditolak Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Muna Mohamed Jaafar.
Permohonan representasi itu dikemukakan kira-kira 10 bulan lalu.
Ketika berhujah di hadapan mahkamah, peguam utama Dr Akmal, Aizat Azam berkata, pihaknya akan mengemukakan representasi kedua secara terus kepada Peguam Negara.
“Hari ini, kami dimaklumkan mengenai keputusan berhubung representasi yang dikemukakan sebelum ini bagi pihak anak guam kami.
“Susulan penolakan representasi itu, kami menerima arahan daripada anak guam untuk mengemukakan representasi kedua secara terus kepada Peguam Negara,” katanya.
Sementara itu, Muna berkata, pendakwaan tidak membantah sekiranya pihak peguam berhasrat mengemukakan representasi baharu.
“Saya sendiri akan mengemukakan representasi itu kepada Peguam Negara,” katanya.
4 Januari tahun depan keputusan berhubung representasi berkenaan.
Ogos tahun lalu, Muhamad Akmal, 38, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kegusaran awam di laman Facebook berhubung isu bendera terbalik.
Perbuatan itu didakwa menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
Oleh demikian, beliau dituduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen SO5(b) Kanun Keseksaan [Akta 574].