Kedudukan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah AKPS dah terjawab, ini status beliau sekarang

Status perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) akhirnya terjawab.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian memutuskan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dia adalah kader polis ke AKPS. IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail) dah jelaskan. 

“Jadi kita, kembalikan dia pulang kepada pasukan polis dan pihak polis akan menyusullah,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN hari ini.

Sebelum ini kedudukan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah AKPS dibincangkan orang awam susulan beliau berdepan dengan dua pertuduhan di mahkamah.

Mohd Shuhaily didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Kedudukan beliau sebagai orang nombor satu agensi itu turut menjadi tanda tanya apabila beliau tidak hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-2 AKPS yang berlangsung di sebuah hotel, di Sepang baru- baru ini.