Tuntut minimal 12 kerusi, tolak 10, tinggal 2 je Sanusi oii
Tuntutan pembahagian kerusi dalam rundingan politik menjadi perhatian apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa 21 Kerusi Dun Melaka yang dibolot oleh Umno-BN boleh dimenangi Pas dan Perikatan Nasional(PN).
Sanusi dalam ucapan itu juga menjelaskan, pihaknya menuntut sekurang-kurangnya minimum 15 kerusi.
“Kita nak minimum 15 kerusi kalau boleh. Kalau boleh sampai 21(kerusi) alhamdullilah,” katanya dalam video itu.
Sanusi juga berpandangan, sebenarnya di mana sahaja Umno bertanding, pihaknya(Pas) boleh juga bertanding dan boleh menang.
“Maknanya dalam 21 Dun(ditandingi Umno) itu Pas boleh rampas balik,”ujarnya yakin.
Dalam ucapan itu juga, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Pas melabelkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh sebagai bidak catur, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“…Akmal nampak cenggéh (garang) tetapi jadi bidak catur Zahid Hamidi, boss dia Khairy Jamaluddin. Khairy tak tahu nak pergi mana, masuk Umno balik,”katanya.
Sanusi juga mendakwa pihaknya mempunyai peluang menang untuk bertanding di kawasan yang ditandingi Umno dan yakin Perikatan Nasional (PN) mampu memberikan saingan.
“Mana Umno bertanding, semua kita boleh masuk. Boleh menang. PN boleh menang,” katanya.
Bagimanapun dalam perkembangan terkini, menyaksikan Pas diberikan dua kerusi, Wawasan dua kerusi manakala Gerakan satu kerusi, dengan satu lagi kerusi masih belum diumumkan calonnya.
Terkini PN bersetuju menyerahkan DUN Bandar Hilir kepada MCA selepas rundingan dengan BN, sekali gus menjadikan BN bertanding di 22 kerusi berbanding enam kerusi bagi PN.
Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, menjelaskan calon bagi kerusi keenam masih dalam pertimbangan dan menafikan kelewatan pengumuman itu berpunca daripada pertikaian pembahagian kerusi. Setakat ini, PN sudah menetapkan enam kerusi untuk ditandingi, namun hanya lima calon diumumkan menjelang hari penamaan calon pada 31 Oktober 2026.
BACA JUGA Tun Faisal ‘serang’ Pas dengan 9 dakwaan, dari campur tangan Bersatu hingga isu PN