Apa perkembangan denda RM50 juta Najib? Ini jawapan Peguam Negara

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar hari ini menjawab mengenai perkembangan denda RM50 juta membabitkan Datuk Seri Najib Razak bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata sehingga kini bekas Perdana Menteri itu masih belum membayar denda tersebut.

“Selagi denda terbabit tidak dibayar, Datuk Seri Najib kekal berada di penjara,” katanya selepas Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata tiada had masa ditetapkan berhubung bayaran denda berkenaan.

Najib dipenjarakan pada Ogos 2022 atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kemudian memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki tahanan di rumah dan mengurangkan denda beliau kepada RM50 juta.