‘Untung’ orang Melaka, Pas dah tawar pahala perpaduan politik, netizen gelar ‘Bapa Pahala Negara’
‘Bapa Pahala Negara’ dan ‘kilang pahala’ antara sindiran netizen terhadap Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, selepas pemimpin Pas itu mengaitkan perpaduan politik Islam dengan pahala terbesar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkenaan menjadi bahan sindiran apabila hantaran Facebooknya mengenai ganjaran pahala dalam politik dihujani sindiran orang ramai.
“Antara pahala terbesar di PRN Melaka adalah seruan kepada perpaduan umat dalam politik Islam,” tulisnya menerusi Facebook pagi ini.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas dan Bachok berkenaan turut menyeru agar hubungan perpaduan politik itu dipertingkatkan dan diteruskan dalam kalangan umat Islam.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi sinis netizen yang mempersoalkan tindakan mengaitkan ganjaran pahala dengan agenda politik.
“Terbaik Bapa Pahala Negara,” sindir pengguna Facebook, Moizik Morus, dalam ruangan komentar hantaran berkenaan manakala Mohd Syukri menulis, “Dia ni ada kilang pahala agaknya.”
Sementara itu, Zaini Sakmis secara sinis berkata, “Untung ler orang Melaka macam-macam pahala Nik Abduh beri.”
Netizen turut berseloroh bahawa penduduk Melaka cukup bertuah kerana seolah-olah boleh mengutip pahala dengan mudah sepanjang musim pilihan raya.
Sementara itu, Nik Rudy mengingatkan supaya nama pahala, perpaduan umat dan politik Islam tidak digunakan untuk menghalalkan sesuatu agenda politik.
Beliau turut menegaskan bahawa kesetiaan kepada parti bukan bukti kesetiaan kepada agama, manakala perpaduan tidak boleh dijadikan alasan menutup kesalahan.
Pengguna bernama Khairil Hilmi pula mempersoalkan hubungan Pas dengan Bersatu sekiranya perpaduan politik sesama parti Islam benar-benar menjadi keutamaan.
BACA JUGA Kelantan, Terengganu dijangka alami hujan lebat berterusan tiga hari