Terlalu awal bincang rombakan Kabinet, kata Anwar
Masih terlalu awal untuk membincangkan soal rombakan Kabinet, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai perubahan yang melibatkan beberapa jawatan itu.
“Awal lagi saya tak tahu mengenai rombakan (Kabinet), ” katanya ketika ditemui media ketika Majlis Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di hari ini.
Ditanya mengenai tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai senator yang akan berakhir pada 11 Disember ini, Anwar berkata, beliau juga belum dimaklumkan sebarang berita berhubung perkara berkenaan.
“Yakah (tamat tempoh)? Beliau (Amir Hamzah) belum beritahu apa-apa,” katanya ringkas.
Sebelum ini media melaporkan bahawa kerajaan dijangka melakukan rombakan dalam barisan Kabinet ekoran kemungkinan berlaku dua kekosongan jawatan.