’36 tahun benda asas pun tak selesai’, Anwar baru empat tahun sudah ditohmah gagal

Tohmahan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mentadbir negara mengundang reaksi pengguna media sosial yang membangkitkan perbandingan dengan tempoh 36 tahun pentadbiran Pas di Kelantan.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, seorang pengguna mempersoalkan bagaimana pentadbiran Anwar yang baru memasuki tahun keempat sudah dilabel gagal, sedangkan masalah kemudahan asas di Kelantan didakwanya masih belum selesai.

“36 tahun dia perintah, benda asas pun tak selesai, dia claimed bukan gagal tapi perlukan masa,” tulisnya.

Beliau turut menyenaraikan beberapa perkara yang disifatkannya sebagai pencapaian pentadbiran Kerajaan MADANI, termasuk perkembangan ekonomi, peningkatan pelaburan dan pengukuhan mata wang negara.

Selain itu, beliau turut membangkitkan usaha membaik pulih klinik, hospital dan kuarters kerajaan serta pelaksanaan subsidi bersasar.

“Tiba-tiba yang selama 36 tahun tercorot tu kata PMX yang gagal?” soalnya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian apabila meraih kira-kira 6,500 tanda suka, 1,200 ulang siar dan 55 komen setakat ini.

Pencakar langit

Ruangan komen turut menyaksikan netizen mempertikaikan pandangan bahawa kejayaan sesebuah kerajaan perlu diukur berdasarkan pembinaan bangunan pencakar langit dan pelaksanaan projek mega.

“Pada mereka (pencela kerajaan MADANI), kejayaan itu adalah pencakar langit… sekat subsidi kepada warga asing itu bukan kejayaan bagi mereka,” kata quejai333.

Sementara itu, iftihana_z membangkitkan pelaksanaan BUDI MADANI sebagai contoh inisiatif kerajaan yang dianggapnya signifikan meskipun tidak berbentuk projek fizikal berskala besar.

Netizen turut berkongsi gambar perbandingan sebuah jambatan kayu dengan jambatan baharu bagi menggambarkan kepentingan pembangunan kemudahan asas kepada penduduk.

“Belum cukup lima tahun… dah siap jambatan baru… tak perlu 30 tahun untuk bina,” tulis azzmazzm6 dalam nada sindiran.

BACA JUGA ‘Takkan 10 sebab memilih Umno pun tak tahu lagi?’ Aksi Zahid baca Buku Biru mengundang sindiran