Penamaan calon PRN Sarawak bermula pagi ini, barisan calon bakal diketahui

Hujan renyai dan langit mendung mewarnai suasana awal pagi di beberapa kawasan di Sarawak ketika proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 bermula hari ini.

Sebanyak 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi rebutan dan dengan itu barisan calon yang bersaing akan diketahui nangi.

Di Kuching, keadaan cuaca mendung dengan hujan renyai mengiringi ketibaan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengamal media, bakal calon serta penyokong di beberapa pusat penamaan calon.

Situasi serupa turut dilaporkan di bahagian Sibu, manakala cuaca cerah menyambut pagi di Miri dan Lawas, yang menempatkan DUN Bukit Sari.

Namun, keadaan cuaca tidak menghalang penyokong parti politik untuk hadir memberikan sokongan kepada calon masing-masing. 

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi mendapati suasana mula meriah seawal 6.30 pagi dengan kehadiran penyokong pelbagai parti yang membawa bendera dan sepanduk.

Bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, anggota polis turut ditempatkan di sekitar pusat berkenaan untuk mengawal keadaan.