3 MP Melayu DAP dan Kerajaan Perpaduan

Siapa yang tak kenal dengan YB Young Syefura yang berjaya mengalahkan orang berpengaruh seperti Liow Tiong Lai di kerusi Parlimen Bentong. Begitu juga, YB Syahredzan yang menang dengan begitu besar di Parlimen Bangi.

Tak dilupakan juga, pengaruh YB Syerleena yang sebelum ini ADUN Seri Delima, diteruskan lagi apabila dipilih menjadi ahli Parlimen Bukit Bendera dengan kemenangan yang begitu kukuh.

Pastinya kita tertanya-tanya bagaimana tiga orang Melayu yang berpengalaman dalam lapangan masing-masing memilih DAP sebagai wadah politik untuk membawa suara rakyat?

Bagi Young Syefura, parti DAP yang sedia dan terbuka untuk memberikan ruang dan peluang kepada anak muda seperti dirinya dan rakan-rakan menjadi punca beliau menyertai parti itu.

Yong hanya bermula sebagai koordinator program sebelum diangkat menjadi ahli majlis serta kemudiannya diberi mandat untuk dipilih sebagai ADUN dan ahli Parlimen.

Katanya, tidak banyak parti boleh beri kepercayaan begini kepada anak muda dan beliau bersyukur kerana telah membuat pilihan yang tepat.

Berbeza pula dengan Syerleena yang membuat keputusan untuk menyertai DAP bukan dalam tempoh yang singkat.

Keputusan PRU-13 telah menjadi titik permulaannya dalam politik selepas menyaksikan Pakatan Harapan tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan walaupun ketika itu sudah mendapat undi popular.

Detik itu membuatnya berang dan nekad untuk menyertai sebahagian daripada gerakan yang mahu menambah baik politik di Malaysia.

Dalam suasana politik Malaysia yang begitu dinamik, masih terdapat banyak serangan dan fitnah perkauman yang dilemparkan kepada DAP terutamanya ketika kempen pilihan raya. Ini pastinya menjadi cabaran besar kepada ketiga-tiga orang mereka.

Menurut Young Syefura, sentimen yang dimainkan pihak lawan membuktikan bahawa mereka sedar kebolehan DAP untuk menyatupadukan rakyat Malaysia kerana parti DAP adalah satu parti yang “multiracial”.

Peranannya sebagai ahli Melayu seperti duta kecil parti di mata masyarakat yang mana menonjolkan imej DAP sebagai sebuah parti bekerja untuk rakyat tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik.

Cabaran yang sama turut dihadapi Syerleena apabila permainan fitnah ini telah berdekad lamanya bertapak. Namun baginya, kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor mempunyai kelebihan untuk menyediakan bukti-bukti bagi menjawab persepsi negatif sedemikian.

Seperti yang diketahui, Ketua Menteri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP serta pasukannya telah membuktikan urus tadbir yang baik mampu memacu kesejahteraan dan ekonomi yang pesat di negeri tersebut.

Apa pun padangan dan perbezaan dalam politik dalam negara kita ini, Syerleena berpendapat pada akhirnya, hasil kerja kitalah yang akan menjadi saksi bagi membuktikan bahawa tuduhan mereka yang membenci dan penuh syak wasangka ini adalah tidak berasas.

Pastinya cabaran ini takkan terhenti apabila DAP adalah salah satu komponen dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Young Syefura berharap dengan adanya kerajaan perpaduan ini, semua rakyat boleh mencari titik persamaan di dalam perbezaan yang ada dan perbezaan yang ada boleh melengkapi satu sama lain untuk mewujudkan satu persamaan.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan perpaduan ini akan membangunkan negara dengan lebih baik dan negara akan bertambah maju.

 

BACA JUGA Anthony Loke, Menteri Pengangkutan pilihan rakyat!