Tiada cadangan untuk pinda Akta Pembangunan Petroleum

Buat masa ini kerajaan tidak ada cadangan untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said.

“Walau bagaimanapun kerajaan terbuka untuk meneliti perundangan dan dasar mengikut situasi dan cabaran semasa,” tambah Azalina.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Wong Chen (Subang-PH) yang meminta langkah proaktif kerajaan untuk mengehadkan kuasa budi bicara perdana menteri dan memastikan Petronas melapor kepada parlimen.

 

Â