Tembakau bukan hanya bahan rokok tapi ada kegunaan lain juga
Tembakau bukan hanya ditanam sebagai bahan rokok sebaliknya ia ditanam sebagai asas ramuan makanan, kata mantan pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
“Ada pekebun kecil yang menanam tembakau sebagai asas ramuan makanan dan dijual sebagai produk di dalam ekonomi makro kampung, bukannya secara komersial,” kata Wan Abdul Rahim.
Walau bagaimanapun tembakau dianggap sebagai ancaman kepada kesihatan awam.
Ini menyebabkan LKTN mempromosi kenaf sebagai tanaman gantian kepada tembakau namun ia belum mendapat sambutan sewajarnya.
Dalam keadaan ini, Wan Abdul Rahim berpendirian bahawa penanaman tembakau wajar dibenarkan selagi mana ia tidak dipasarkan secara komersial.
Beliau turut berharap agar kawasan kampung tertentu di Kelantan boleh memperoleh status warisan sejagat kerana aktiviti penanaman tembakau berterusan selama beberapa generasi.
Tembakau ditanam kerana mempunyai nilai perubatan.
Tinggi harapan beliau agar pihak berkuasa kesihatan akan mendalami perkara ini ketika memeriksa skim tanaman tembakau di Kelantan.
Untuk kenaf pula, Wan Abdul Rahim berharap LKTN boleh mendapat rakan kongsi baharu untuk meningkatkan kawasan ladang kenaf.