Trump gelar Netanyahu lelaki terhebat di dunia

Donald Trump dalam pertemuan dengan Benjamin Netanyahu menggelar Perdana Menteri Israel itu sebagai lelaki terhebat di dunia ketika genosid di Palestin menyaksikan lebih 57,000 kematian, bersama keperitan kemanusiaan yang semakin parah.

Pujian Presiden Amerika Syarikat (AS) itu yang kemudian menuai kritikan rakyat AS sendiri diucapkannya semasa menerima kunjungan pemimpin Zionis berkenaan.

Donald Trump

Di Rumah Putih, kedua-duanya membincangkan konflik terbaharu dengan Iran dan perang Israel di Gaza.

Netanyahu dalam pertemuan empat mata itu turut mengemukakan pencalonan Hadiah Nobel Keamanan untuk Trump.

Netanyahu telah menyerahkan kepada Trump sepucuk surat yang dihantarnya kepada jawatankuasa Hadiah Nobel Keamanan, mencalonkan Trump untuk anugerah tersebut.

“Ia satu penghormatan besar,” kata Trump ketika menerima surat itu, lapor Al-Jazeera.

Netanyahu juga memberitahu wartawan bahawa Israel masih bekerjasama dengan AS untuk mencari negara yang sanggup membantu memindahkan rakyat Palestin dari Gaza.

Keganasan penjajah Zionis era Netanyahu yang sudah berlarutan hampir dua tahun menyaksikan Gaza terus diserang walaupun AS sudah mengemukakan cadangan gencatan senjata baharu selama 60 hari.

BACA JUGA Kesian makcik ni, terpaksa tidur dalam lokap tiada penjamin, RM10,000 saja