DAP kukuhkan akar umbi di kubu kuat MCA
Naib pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali menegaskan keutamaan partinya sekarang adalah untuk mengukuhkan akar umbi dan khidmat bakti di dua kubu kuatyang dipegang MCA.
“Di Johor, keutamaan DAP adalah untuk mengukuhkan akar umbi dan meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat setempat,” kata Sheikh yang juga ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP.
“DAP akan terus memperjuangkan dasar di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan demi kesejahteraan Bangsa Johor.”
Dua kubu kuat tersebut ialah parlimen Ayer Hitam yang diwakili oleh presiden MCA Wee Ka Siong dan DUN Yong Peng yang diwakili oleh Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon.
Yong Peng pernah diwakili oleh DAP menerusi PRU pada tahun 2013 dan 2018 manakala Ayer Hitam diwakili oleh Wee sejak 2004.
Pada PRU 2018, pengarah strategik DAP Liew Chin Tong kalah tipis kepada Wee. Wee menang dengan majoriti 303 undi.
Pada PRU 2022, Wee menewaskan Sheikh Omar dengan majoriti 2,963 undi.
BACA JUGA: Bukan Presiden Pas tapi Mahiaddin dicalonkan ‘poster boy’ PN hadapi PRU16