Perbandingan terbaru RON95 di negara ASEAN, petrol kita paling murah
Harga petrol RON95 di Malaysia kekal paling rendah iaitu sekitar RM2.05 seliter, jauh lebih murah berbanding negara-negara ASEAN lain.
Menerusi infografik dimuat naik laman Facebook ASEAN Megacity baru-baru ini, ia membandingkan harga RON95 di negara ini dengan lapan negara lain menggunakan tukaran dalam USD/liter.
Negara tetangga terdekat, Vietnam dan Indonesia masing-masing mencatatkan harga sekitar RM3.22 dan RM3.35 seliter, hampir dua kali ganda berbanding harga petrol di Malaysia. (1USD=RM4.24)
Harga petrol di Singapura mencatat kadar tertinggi iaitu kira-kira RM9.11 seliter (USD2.15) lebih empat kali ganda mahal berbanding Malaysia.
Berikut adalah senarai anggaran harga petrol di negara-negara ASEAN berdasarkan kadar tukaran semasa pada Julai (USD1 = RM4.24):
Singapura – USD2.15 (RM 9.11)
Myanmar – USD 1.53 (RM 6.49)
Laos – USD 1.17 (RM 4.96)
Thailand – USD 1.14 (RM 4.84)
Filipina – USD 1.09 (RM 4.62)
Kemboja – USD 1.00 (RM 4.24)
Indonesia – USD 0.79 (RM 3.35)
Vietnam – USD 0.76 (RM 3.22)
Malaysia – USD 0.49 (RM 2.08)
BACA JUGA PMX buat perubahan besar dalam perolehan aset tentera, kita bukan lalui orang tengah tetapi G2G