Pas sedia pertaruh calon bukan Islam demi menang PRN Sabah?

Pas Sabah dilaporkan bersedia mempertaruhkan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Pas Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, langkah itu akan ditentukan berdasarkan keperluan dan lokasi kerusi yang bakal ditandingi, selain mempertimbangkan kekuatan jentera Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) di kawasan terlibat.

“Kita ada penggerak DHPP Sabah dalam kalangan masyarakat Dusun dan Cina, di mana jumlah keahliannya kini melebihi 1,000.

“Pada 2018, Pas pernah meletakkan calon bukan Islam. Ini menunjukkan DHPP Sabah memainkan peranan penting dalam menarik sokongan masyarakat bukan Islam,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Menurut beliau, keterbukaan parti terhadap pencalonan bukan Islam bukanlah perkara baharu, sebaliknya parti telah lama mengamalkan slogan ‘Pas For All’.

Sahar turut menyuarakan keyakinan bahawa Pas mampu memberi saingan dalam PRN kali ini berdasarkan persiapan lebih tersusun dan berstrategi.

Pas sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya enam daripada 73 kerusi DUN Sabah pada PRN akan datang.

BACA JUGA Pelik dulu Mahiaddin hapus GST ganti SST, sekarang u-turn tak sokong SST