100 tahun Mahathir, PMX doakan setulusnya agar sejahtera, tenang dan sihat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mendoakan agar mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir sentiasa sejahtera, tenang dan sihat sempena ulang tahun Mahathir yang ke-100.
“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,” kata Anwar dalam satu hantaran Facebook.
“Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna. Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
“Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya Allah.”
BACA JUGA: Bukan Anwar turun tapi OPR yang turun