Istana Negara pula keluar kenyataan pasal perlantikan hakim, perlu cermat
Istana Negara menegaskan bahawa pelantikan hakim mahkamah atasan mesti ditangani secara cermat tanpa dipolitikkan.
Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakuman 2009 merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong terletak kepada Perdana Menteri.
Hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Isu pelantikan hakim hangat dibincangkan ekoran persaraan wajib mantan Ketua Hakim Negara Tun Maimun dan diikuti oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.
Buat masa ini Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim melaksanakan tugas Ketua Hakim Negara manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd. Yusof dilantik menjalankan tugas Presiden Mahkamah Rayuan.
BACA JUGA: Azalina: Kekosongan jawatan hakim akan diisi mengikut Perlembagaan