Pusat Data Malaysia bakal ‘meletup’ lagi, syarikat teknologi gergasi dah mula beratur

Oleh JAZLI IZZUDDIN

Nampaknya infrastruktur pusat data (DC) di Malaysia terus berkembang dengan rancak.

Setelah undang-undang Al Diffusion dibatalkan, pemain besar macam Google dah mula gerakkan semula pelan mega mereka di Malaysia.

Tender-tender pun dah mula keluar balik. Yang terbaru, Google dah pun anugerahkan projek Mechanical, Electrical and Plumbing (MEP) bernilai RM250 juta.

Khabarnya, Fasa 2 projek Google pun bakal dibuka untuk tender pada separuh kedua 2025.

Nampak sangat keyakinan pelabur asing terhadap potensi jangka panjang Malaysia sebagai hab Pusat Data Asia Tenggara masih kukuh.

Apa yang sedang jadi sekarang?

Malaysia kekal dengan perancangan kapasiti Pusat Data sebesar 4GW. Ini bukan kecil anak. Maknanya, permintaan terhadap kemudahan sokongan seperti elektrik dan air pun akan ‘meletup’.

TNB tengah all-out untuk naik taraf infrastruktur grid mereka. Di bawah pelan RP4, pelaburan grid dinaikkan. Ini beri peluang besar kepada syarikat-syarikat kejuruteraan tempatan yang mahir dalam kerja-kerja high-voltage dan utiliti bawah tanah.

Sektor MEP pun tengah ‘hot’ sekarang

Apabila Pusat Data masuk ke fasa fit-out, kerja-kerja MEP (mechanical, electrical & plumbing) akan jadi rebutan.

Beberapa nama tempatan yang memang pakar dalam bidang ni dijangka akan jadi pilihan utama untuk projek-projek ni.

Selain itu, syarikat yang bekalkan sistem perlindungan kilat, switchboard, pendingin udara dan kabel juga bakal dapat tempias rezeki ni.

Projek makin masuk, peluang makin besar

Sepanjang 2024, projek berkait pusat data antara penyumbang utama kepada prestasi sektor pembinaan negara — RM7.7 bilion nilai projek diberi sepanjang tahun.

Masuk 2025, walaupun pasaran global ada ketidakpastian, Malaysia tetap dapat RM4.2 bilion projek Pusat Data untuk suku pertama je.

Dan dijangkakan, lebih banyak projek akan mula diberi pada separuh kedua tahun ni.

Kesimpulannya, gelombang Pusat Data ini bukan trend jangka pendek. Ini peluang jangka panjang untuk banyak pemain industri tempatan, dari kontraktor besar sampai pembekal komponen. Malaysia dah tunjukkan kita ada keupayaan dan kesediaan.

Sekarang masa untuk naikkan gear!

BACA JUGA Selepas pil kuda gempar puluhan ribu vape pula, MP Pas ini ‘tak sempat nak jaga rakyat’