Awas, ada banyak akaun TikTok palsu salah guna nama, gambar menteri Saifuddin

Pejabat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat beberapa akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar Saifuddin di TikTok.

Setakat ini tiga akaun palsu yang menyalahgunakan nama dan gambar Saifuddin telah dikenalpasti.

Ia dibuat untuk dengan alasan mahu menyalurkan bantuan kewangan melalui pautan WhatsApp di ruangan bio.

“Sebenarnya, ini adalah satu PENIPUAN yang bertujuan memperdaya orang ramai untuk membuat bayaran pendahuluan (advance payment),” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga akaun palsu yang dikesan dan disekat adalah seperti berikut:

  1. Saifuddin_Nasution0
  2. Saifuddin_Nasution1
  3. Saifuddin_Nasution12

“Namun begitu, kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak akaun palsu akan terus diwujudkan. Oleh itu, kami menyeru agar orang ramai sentiasa berhati-hati, tidak mudah percaya dan sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum bertindak.”

“Akaun rasmi Tiktok YB Datuk Seri Saifuddin Nasution adalah menggunakan nama penuh beliau SAIFUDDIN_NASUTION seperti pautan berikut:
https://www.tiktok.com/@saifuddin_nasution…”

Pejabat menteri turut menegaskan bahawa pihak Nasution tidak akan sesekali meminta bayaran bagi sebarang bantuan.

Ia turut menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penipuan ini.

Masyarakat turut diberikan tiga petua sebelum memberikan wang mereka kepada akaun sedemikian.
✅Sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum mempercayai sebarang tawaran bantuan.
✅ Tidak menghubungi atau berkongsi maklumat peribadi dengan mana-mana akaun yang meragukan.
✅ Tidak membuat sebarang bayaran kepada mana-mana individu atau akaun media sosial yang mendakwa mewakili Datuk Seri Saifuddin Nasution.

BACA JUGA: PM interim: Azli Yusof sekolahkan Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin