Sumbangan Tunai Rahmah: Cepat buat permohonan, kemas kini sebelum tengah malam ini
Proses pendaftaran baharu dan kemas kini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan berakhir tengah malam ini.
Pembayaran fasa kedua STR fasa sebanyak RM1.26 bilion akan mula diagihkan kepada penerima mulai 5 April ini iaitu sebelum sambutan Aidilfitri.
Bagi pembayaran fasa ketiga, STR akan dilakukan pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober ini.
Setakat 28 Mac lalu, dilapor terdapat tambahan sebanyak 574,886 permohonan baharu yang diterima bagi inisiatif STR.
Sebanyak RM1.67 bilion agihan fasa pertama STR telah selesai dilaksanakan secara berperingkat pada 17 Januari lalu membabitkan 8.7 juta penerima.
Pada 15 Mac lalu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, STR kali ini adalah yang terbesar iaitu berjumlah RM8 bilion untuk diagih kepada 9 juta rakyat daripada golongan B40.
BACA JUGA Sembilan juta bakal terima Sumbangan Tunai Rahmah fasa kedua 5 April – PM
Â