Mengejutkan program motivasi rumah tangga didakwa ajar wanita jadi ‘terlampau’

Penganjuran program motivasi rumah tangga ‘terlampau’, eHati menjadi bualan apabila didakwa mengajar peserta wanitanya membuang perasaan malu untuk bercakap mengenai seks.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Masyitah Ashari berkata, ‘ajaran’ itu berbahaya apabila ahli-ahli kumpulan tersebut dirangsang dengan urutan Yoni.

“Ke mana eHati ingin bawa kaum muslimat?

“Mengajar wanita mendapat kepuasan seksual sendiri tanpa suami adalah racun feminis yang akhirnya menjadikan seorang muslimat lesbian.

“Cuba tanya dalam kalangan ahli CleoX siapa yang tak pernah bercium mulut dengan xxx?” dakwanya.

Menurut Masyitah, dalam program terbuka di Shah Alam tahun lalu, ciuman penuh ghairah di atas pentas itu disaksikan oleh peserta.

“Saya ada gambar semuanya. Cuma saya tahu ia aib untuk didedahkan di sini. Cukup untuk rujukan pihak berkuasa.

“Masalahnya maklumat ini sudah lama diserahkan kepada pihak jabatan agama. Tetapi belum ada apa-apa tindakan,” kata Masyitah lagi.

Sementara itu, seorang suami berkongsikan pengalaman tentang penglibatan isterinya dalam program eHati yang berlangsung tiga hari dua malam di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam.

Namun, kata beliau, isterinya tidak hadir pada malam terakhir dan hari terakhir program itu.

Mohd Fadhli Othman berkata, program itu ‘dibalut’ dengan imej “pembangunan wanita”, “kembali kuat”, “self love”, dan disokong oleh para wanita yang kelihatan baik-baik, bertudung labuh serta bercakap soal akhirat dan spiritual.

“Golongan inilah yang biasanya jadi perisai — saling kejut Subuh, saling pesan tahajud dan dekatkan diri pada Allah. Kiranya nak nampak eHati ni disulami tarbiyah!

“Tapi rupanya dalamnya penuh dengan unsur yang sangat mengelirukan dan lebih besar mudarat daripada manfaat. Saya cakap ni sebagai seorang suami yang bertanggungjawab,” kata Fadhli lagi.

BACA JUGA Boleh pula ‘Saifuddin Nasution’ tawarkan bantuan kewangan